fbpx

Elak SJR, Ford Ranger terhumban ke parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki cuba mengelak dari SJR sehingga kenderaan pacuan empat roda, Ford Ranger dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Neram - Bukit Goh dekat Kemaman semalam.

KEMAMAN – Gara-gara cuba mengelak sekatan jalan raya (SJR), dua lelaki nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam parit berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Kampung Neram – Bukit Goh dekat sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 4 petang itu berlaku, kedua-dua lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai cuba merentas negeri tanpa kebenaran menggunakan laluan tikus berkenaan yang terletak di sempadan Pahang dan Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, lelaki tempatan berusia 47 tahun dan rakannya yang merupakan warga Bangladesh berumur 47 tahun dipercayai dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang dari Felda Neram dekat sini.

“Sebaik nampak SJR di lokasi kejadian, mereka yang menaiki kenderaan empat roda, Ford Ranger panik lalu membuat pusingan U sebelum terbabas lalu terjunam ke dalam parit sedalam 0.3 meter.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki itu tidak mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri daripada polis,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI