fbpx

TIC anjur seminar SPM percuma secara maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMINAR selama dua minggu dianjurkan secara maya dan percuma kepada calon SPM anjuran TIC.

IPOH – Kurang sebulan lagi menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah pasti calon-calon sedang bertungkus-lumus membuat persiapan akhir agar benar-benar bersedia untuk menjawab soalan dengan baik.

Bagi memastikan para calon mendapat bimbingan akhir secara konsisten, Kolej Antarabangsa TAJ (TIC) di sini bakal mengadakan sesi seminar secara maya untuk diikuti oleh calon-calon SPM di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif TIC, Tina Tajuddin berkata, inisiatif tersebut merupakan usaha pihaknya untuk membantu ibu bapa serta pelajar melakukan persiapan akhir termasuk sesi motivasi bagi memberi suntikan semangat.

Menurut beliau, tawaran percuma bagi mengikuti seminar ‘Last Minute Skor A+’ itu menggunakan platform TIC Digital iaitu satu laman pembelajaran maya yang dibangunkan oleh tenaga pakar kolej tersebut.

“Seminar selama dua minggu bermula 1 hingga 12 Februari ini melibatkan 12 subjek SPM di bawah bimbingan 18 orang guru pakar, terpilih dan cemerlang dari seluruh negara serta menampilkan dua sesi bersama pakar motivasi.

“Inisiatif prihatin TIC dalam meningkatkan taraf pendidikan khususnya pelajar SPM melalui seminar ini sebagai salah satu medium pendidikan tanpa sempadan dalam mendepani era yang serba mencabar,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Sistem TIC Digital telah bangunkan pada Mac 2020 berikutan pandemik Covid-19 dengan tujuan meneruskan sesi pembelajaran online dan pengajaran agar lebih efisyen dan sistematik kepada warga kampus tersebut.

Tina memberitahu, pihaknya percaya seminar ini akan meniup semangat pelajar SPM untuk melaksanakan pecutan terakhir bagi mencapai keputusan cemerlang.

“TIC ingin meringankan tekanan pelajar dan ibu bapa yang sukar mendapatkan tuisyen pada saat akhir dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, maka ini merupakan salah satu khidmat masyarakat yang kita laksanakan.

“Pembelajaran dalam talian bukanlah sesuatu yang mustahil malahan ia adalah satu komunikasi dua hala yang berkesan,” ujarnya.

Bagi pelajar yang ingin mengikuti seminar tersebut boleh mengikuti Telegram Rasmi iaitu https://t.me/SeminarOnlineTIPSSPMTICDigital untuk sebarang maklumat berkaitan seminar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI