fbpx
Ayda dan Nabil

Suami suka bau ketiak saya – Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sekali lagi mengundang kecaman apabila mendedahkan perangai pelik suaminya, Nabil Mahir yang suka menghidu bau ketiaknya terutama ketika waktu lapang.

Perangai pelik Nabil didedahkan Ayda menerusi InstaStory yang memaparkan Nabil Mahir sedang mencium ketiaknya ketika sedang bersantai di kediaman mereka.

“Ingat isteri sahaja suka bau ketiak suami. Yang ini terbalik. Aduh-aduh @nabilmahir,” tulis Ayda.

Sebelum ini, Ayda yang popular menerusi lagu Temberang ada memberitahu bahawa suaminya gemar mencium pipinya untuk tempoh masa yang sangat lama selain suka bermanja dengannya.

 

Tangkap layar InstaStory Ayda yang menunjukkan Nabil sedang mencium ketiaknya.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa meluat dan menyifatkan tindakan pasangan itu berkongsi serta menayangkan semua perkara menerusi media sosial sebagai keterlaluan.

“Tolonglah jangan sambung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, macam-macam perangai pelik artis keluar dah ni.

“Yela memang awak sorang je pun ada laki dalam dunia ni. Geli la,” tulis netizen.

Terdahulu, dengan hanya sekali lafaz pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan pada pukul 3.28 petang di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 1 Januari lalu. – K! ONLINE