fbpx

MPM larang pekerja asing keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamil Hasni Abdullah

MUAR- Majlis Perbandaran Muar (MPM) mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan kesemua pekerja asing di daerah ini untuk keluar dari lingkungan asrama dan kilang berkuatkuasa serta-merta.

Yang Dipertua MPM, Jamil Hasni Abdullah dalam satu kenyataan berkata, notis terbabit bermula hari ini sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

Katanya, pelaksanaan larangan itu bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan wabak Covid-19 di Muar susulan peningkatan kes yang dilaporkan sejak kebelakangan ini melibatkan kumpulan berkenaan.

“Perintah kawalan berkenaan berkuatkuasa kepada semua sektor pembinaan, peruncitan, perladangan dan lain-lain sektor yang melibatkan tenaga kerja warga asing

“Segala keperluan hendaklah diurus sepenuhnya oleh majikan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, sebarang pelanggaran arahan bakal dikenakan tindakan penguatkuasaan dibawah Seksyen 72(1)(f), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana majikan yang gagal memastikan arahan berkenaan.

“Selain itu, kesemua majikan juga dikehendaki untuk memastikan tiada sebarang aktiviti penjajaan oleh mana-mana warga tempatan sama ada diluar mahupun di dalam perkarangan kilang dan asrama,” katanya.

Baru-baru ini, Johor telah mencatatkan kes positif Covid-19 harian tertinggi di Malaysia dengan 1,069 kes di mana daerah Muar telah menyumbang sehingga 538 kes yang melibatkan kluster tempat kerja.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI