fbpx

Kematian Iron dihujani kata nista netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRON

SELASA lalu dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan kematian rapper Iron yang ditemui mati berlumuran darah di bawah apartmen kediamannya di Seoul.

Meskipun telah menemui ajal, rata-rata netizen langsung tidak menunjukkan rasa belas kasihan terhadap mendiang gara-gara masalah jenayah yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Antaranya mereka berbicara tentang tindakan penyanyi itu yang mengugut bekas teman wanitanya selain kes pukul melibatkan teman sebilik menggunakan kayu besbol.

Menguatkan perkara tersebut, bekas teman wanitanya juga dilihat memuat naik sebuah foto pelakon Kate Middleton dengan tangan ke atas yang membawa kepada simbolik dirinya kini sudah ‘bebas’.

Foto berkenaan tidak disertai kapsyen, namun kebanyakan pengguna Instagram memahami maksud tersirat yang cuba disampaikan wanita itu.

“Dia (Iron) menyusahkan ramai orang, kemudian pergi begitu sahaja.

“Patutnya semasa hidup dia harus bermuhasabah diri selepas bersalah terlibat dengan kes dadah dan memukul orang,” tulis salah seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI