fbpx

Penagih mahu jadi pengedar dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada dadah yang dirampas daripada suspek susulan serbuan yang dibuat ke atas rumahnya di Taman Maju Jaya, Kuala Lumpur, semalam.

AMPANG JAYA – Kegiatan seorang penagih yang mula menjalankan aktiviti pengedaran dadah secara kecil-kecilan di sekitar ibu negara akhirnya terbantut selepas dia dicekup polis di rumahnya di Taman Maju Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah di rumah tersebut susulan maklumat dan risikan yang dilakukan.

“Suspek merupakan lelaki tempatan berusia 32 tahun dan sewaktu serbuan dilakukan dia sedang berada di kawasan garaj rumahnya dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan pada badan serta rumah terebut telah menemui beberapa barangan seperti dadah juga barangan tidak sah milik.

“Antara yang dirampas susulan penahanan suspek adalah beberapa unit telefon bimbit berjenama, peralatan seperti pemutar skru, playar dan gerudi, serta beberapa paket plastik lutsinar dan aluminium foil mengandungi bahan disyaki dadah seperti syabu, pil erimin5, pil yaba juga pil ekstasi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Farouk, semakan mendapati, suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes curi kenderaan, pecah rumah serta khianat dengan api dan lima rekod berkait dadah.

“Modus operandi pengedaran dilakukan suspek adalah secara ‘jualan terus’ dengan membawa barangan salah tersebut berjumpa pelanggan dan dia telah dikesan terlibat dengan penagihan dadah adalah selama 10 tahun manakala mula menjadi pengedar dadah kecil-kecilan di sekitar Kuala Lumpur sejak setahun lalu.

“Siasatan ke atas suspek masih lagi dibuat dan dia kini direman tujuh hari sehingga 3 Februari. Usaha mengesan rakan sejenayah suspek juga sedang diteruskan dan berkemungkinan besar suspek merupakan ahli sindiket dadah yang masih bergiat aktif,” tegas beliau.

Jelas beliau, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957 kerana mengedar dadah dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil iaitu kerana memiliki barangan secara haram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI