fbpx

UEM Sunrise laksana CSR di kampung Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah, UEM Sunrise menutup tirai tahun 2020 dengan melaksanakan beberapa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di sekitar kawasan pembangunannya.

Ketua Pegawai Penyampaian Prestasi dan Komersial UEM Sunrise, Anuar Kasim berkata, di Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah, Johor, UEM Sunrise menubuhkan Bukuhub, perpustakaan mini bagi memupuk budaya membaca dan memudahkan orang ramai meminjam, bertukar-tukar atau membaca buku secara percuma.

Selain itu, kakitangan UEM Sunrise telah memberi sumbangan bekalan runcit kepada rumah kebajikan, Sunteck Handicapped Welfare Organisation di Taman City, Kepong sempena sambutan Hari Natal hujung tahun lalu.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat dalam melaksanakan dan menyokong pelbagai aktiviti berkaitan kemasyarakatan dan pendidikan dalam memacu program kemampanan ma­syarakat yang bermanfaat untuk orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Bermula tahun 2021, UEM Sunrise akan memperluaskan aktiviti lanjutan daripada program Bukuhub melalui pelbagai jalinan kerjasama serta edaran komputer kepada sekolah angkat dan projek menanam pokok di Iskandar Puteri, Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI