fbpx

Sirius TV tawar 2 saluran percuma kepada KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUDDIN berkata, tawaran dua saluran televisyen kepada KPM merupakan tanggungjawab sosial stesen itu.

PETALING JAYA- Stesen televisyen satelit berbayar, Sirius TV menawarkan dua saluran percuma kepada Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai saluran televisyen pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMART Digital International Sdn Bhd. (SMART), Khairuddin Abdul Rahman berkata, penggunaan kedua-dua saluran itu juga dapat meringankan beban kekurangan peranti seperti telefon pintar dan tablet untuk kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dihadapi oleh keluarga berpendapatan rendah ketika ini.

“Penangguhan sesi persekolahan disebabkan peningkatan mendadak kes Covid-19 telah memaksa pihak KPM melaksanakan PdPR yang banyak bergantung kepada akses internet dan peranti.

“Melalui penggunaan kedua-dua saluran percuma yang kami tawarkan ini, perlaksanaan program PdPR akan dapat dipertingkatkan lagi keberkesanannya terutamanya di kawasan di mana capaian internet tidak memuaskan,” menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tawaran dua saluran yang beroperasi 24 jam sehari merupakan tanggungjawab kepada masyarakat.

Jelas beliau, tawaran yang diberikan pihaknya itu selari dengan sokongan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia (NUTP) terhadap cadangan pengwujudan saluran televisyen pendidikan yang boleh diakses oleh pelajar terutama di kawasan luar bandar.

Stesen Satelit Sirius TV akan dilancarkan secara rasmi pada suku pertama tahun ini dengan mempunyai sehingga 30 saluran yang menawarkan pakej tanpa kontrak dan dengan langganan percuma selama 12 bulan kepada pengguna.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI