fbpx

Siasat institusi kewangan ambil kesempatan- Zahid Hamidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SURAT daripada sebuah bank yang memaparkan penstrukturan semula setelah moratorium dimohon untuk pinjaman bagi kereta jenis Proton Exora.

PETALING JAYA- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan menyiasat laporan institusi kewangan mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

Katanya, penangguhan pembayaran pinjaman dijalankan bukan sebagai moratorium tetapi sebenarnya penjadualan semula atau penstrukturan semula pinjaman dengan memberi penundaan pembayaran pinjaman untuk tempoh beberapa bulan tetapi kemudian memanjangkan tempoh pembayaran yang akhirnya memberi keuntungan kepada pihak kreditor.

“Saya menyeru agar pihak Kementerian Kewangan serta Bank Negara dapat mengeluarkan arahan jelas kepada institusi kewangan bagaimana moratorium ini harus dilaksanakan.

“Adalah tidak wajar bagi institusi kewangan mengaut sebarang keuntungan tambahan dalam bentuk apa-apa fi atau caj bunga ke atas baki pinjaman atas apa alasan sekalipun,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Ujar beliau, sektor perbankan tidak akan mengalami krisis sekiranya perintah perlanjutan moratorium dilaksanakan memandangkan sektor itu masih mengaut keuntungan besar pada tahun lalu.

“Justeru langkah yang paling cepat impaknya bagi mengurangkan bebanan mereka adalah lanjutan moratorium secara automatik dan ia haruslah tidak mengandungi syarat-syarat terselindung, tidak kiralah sama ada kepada peminjam peribadi ataupun perniagaan kecil dan sederhana,” ujarnya.

Terdahulu, tular sepucuk surat yang memaparkan penstrukturan semula dengan kadar faedah yang lebih tinggi dan tempoh pinjaman yang dipanjangkan selepas moratorium diambil untuk pinjaman kenderaan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI