fbpx

Acu pisau lipat dileher sebelum culik, samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tok Beng Yeow

KULAI – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila dia diacukan pisau lipat sebelum diculik dan dipukul dalam kejadian samun bersenjata di Bandar Putra di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul pada pukul 9.30 malam itu, mangsa didatangi dua lelaki ketika berada di tepi Jalan Merbau 2 di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, suspek mengacukan senjata tajam dipercayai pisau lipat pada leher mangsa sebelum mengarahkan supaya menyerahkan wang.

“Mangsa tidak melawan sebelum dia dibawa ke rumah salah seorang suspek dan dipukul pada badan serta kepala sehingga pengsan.

“Mangsa yang hanya sedar pada keesokan harinya bertindak melarikan diri pada pukul 8.30 pagi semalam sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI