fbpx

Masalah rumah tangga dorong wanita Indonesia bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi inilah wanita tersebut ditemui terbaring di landasan stesen Komuter KTMB Jalan Templer, di sini petang semalam.

PETALING JAYA –  Seorang wanita Indonesia cuba membunuh diri dengan tidur di landasan di stesen komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Jalan Templer, di sini semalam dipercayai berkaitan masalah rumah tangga.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 5.17 petang, wanita berusia 37 tahun itu berjaya diselamatkan seorang Polis Bantuan yang bertugas di stesen tersebut.

Menurut sumber, seorang kakitangan KTMB yang sedang bertugas terdengar bunyi hon dengan kuat daripada sebuah keretapi yang dalam perjalanan ke arah Klang.

“Dia kemudiannya bergegas ke kawasan landasan dan terkejut mendapati seorang wanita sedang terbaring di situ. Dia cuba memujuk wanita itu beberapa kali namun gagal.

“Berikutan itu, dia segera meminta pertolongan Polis Bantuan untuk membawa keluar wanita tersebut daripada landasan sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI