fbpx

Polis siasat doktor wanita palsu dokumen pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rosni Mohd. Lazim

GEORGE TOWN – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang doktor dari sebuah hospital kerajaan di negeri ini yang disyaki memalsukan dokumen rekod pesakit, tuntutan Insurans dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

Ketua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Asisten Komisioner Mohd. Rosni Mohd. Lazim berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berlaku daripada seorang pegawai atasan hospital berkenaan pada 20 Januari lalu.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut pihaknya telah merampas beberapa dokumen di kediaman suspek wanita berusia 37 tahun di Kulim, Kedah sebaik laporan diterima.

“Suspek kini masih bertugas di hospital berkenaan dan laporan dibuat sebaik pegawai atasan terbabit menerima laporan daripada seorang doktor lelaki yang menemui dokumen menggunakan tanda tangan serta cop rasmi miliknya pada 30 Disember tahun lalu.

“Siasatan polis mendapati, kejadian ini melibatkan dua mangsa iaitu doktor ortopedik yang masing-masing bertugas di hospital sama dengan suspek manakala seorang lagi doktor wanita telahpun bertukar ke Sibu, Sarawak pada tahun 2017,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini tadi.

Beliau memberitahu, siasatan mendapati suspek terbabit dikatakan telah menggunakan tandatangan dan cop milik kedua-dua mangsa terbabit untuk tujuan memalsukan masing-masing empat dan tiga dokumen rekod pesakit, tuntutan Insurans serta Perkeso.

“Kita percaya, dia (suspek) memperoleh faedah bagi tuntutan Socso dan Insurans tersebut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti individu yang namanya tertera pada dokumen tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 468/471 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dokumen kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI