fbpx

Sabarlah Sera, Shuk sila matang – Kecik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECIK

PETALING JAYA – Terpanggil memberi respons terhadap kontroversi kecurangan Shuk Sahar, vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik menasihati isteri kepada pelawak terkenal itu, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera agar bersabar dan tabah dengan ujian yang dihadapi.

Perkara tersebut diluahkan Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin menerusi akaun Twitternya selepas pendedahan Rossalennah berhubung perilaku Shuk yang didakwa sekali lagi berlaku curang bersama seorang wanita heboh diperkatakan.

“Eh jadi pula? Kecik harap wife (isteri) Shuk dapat harungi semua ini dengan tabah,” katanya menerusi Twitter.

Difahamkan, wanita yang kini menjadi kekasih gelap Shuk merupakan bekas teman wanita Kecik.

Atas alasan tersebut, Kecik turut meminta Shuk supaya bersikap lebih matang dalam situasi menangani hal berkenaan.

“Shuk please (tolong) matang! Jangan buat para isteri macam ini,” katanya.

Terdahulu, Kecik dalam pendedahannya kepada media mengaku bahawa dia pernah menjalin hubungan istimewa dengan wanita terbabit.

Lebih dramatik, nama Kecik juga pernah terpalit kontroversi apabila didakwa memukul kekasihnya itu sekitar tahun 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI