fbpx

Ika kini tauke minuman lemon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIKA SHAFINA

TIDAK seperti gadis-gadis lain yang suka menghabiskan masa lapang di pusat beli-belah atau berjalan-jalan bersama rakan lain, Atika Syafina Yusaini Affendi,­ 26, pula lebih gemar meluangkan masa untuk bersenam.

Walaupun sibuk menguruskan syarikat pembekal bara­ngan sejak 2014, gadis yang lebih mesra disapa Ika ini tetap akan mencuri sedikit masa untuk bersenam pada setiap hari bagi menjaga kesihatan dan kecergasan badan.

Selain bergelar usahawan, Ika turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan minuman berasaskan buah lemon iaitu Ipoh Lemonade sejak 2017 yang berpangkalan di Jelapang, Ipoh.

Kepada Kosmo! Ahad, Ika sempat berkongsi mengenai jatuh bangun dalam karier perniagaannya selain rahsia mengenai aktiviti senaman.

Kosmo! Ahad: Bagaimana Ika berminat dan mula menceburkan diri dalam perniagaan?
Atika Syafina: Selepas tamat SPM, macam-macam kerja saya buat termasuk dalam bidang pemasaran dengan beberapa syarikat terkemuka selain menjadi model sambilan. Bagaimanapun, timbul perasaan tidak puas dalam diri dengan apa yang dilakukan.

Mengapa begitu?
Rasa tidak puas bekerja de­ngan orang. Sebab itu saya ambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan dengan membuka syarikat yang membekalkan barangan ke seluruh negara pada 2017.

Apa cabaran yang dihadapi?
Sebenarnya tidak mudah untuk menguruskan syarikat, namun dengan pengalaman yang ada dan sedikit modal, saya memberanikan diri. Pada awalnya terkial-kial juga untuk mencari pelanggan, lama-kelamaan barulah dapat rentak dan orang mula mengenali perkhidmatan yang ditawarkan.

IKA bijak membahagikan masa untuk menguruskan perniagaan dan menjaga kesihatan diri.

Bagaimana pula dengan Ipoh Lemonade?
Sebenarnya saya peminat lemon. Saya pernah terfikir untuk menghasilkan produk ber­asaskan lemon dan sekarang ini, lahirlah jus lemon dengan jenama­ Ipoh Lemonade.

Bagaimana penerimaan orang ramai?
Penerimaan orang ramai agak baik. Awalnya hanya jual di laman sosial, kemudian beralih kepada jualan langsung di festival. Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jualan langsung terhenti seketika.

Sibuk uruskan syarikat dan produk, bila bersenam?
Setiap hari saya memaksa diri untuk bersenam agar tahap kesihatan dalam ke­adaan baik dan cergas untuk melakukan kerja-kerja harian.

Ada mengikuti kelas senaman?
Disebabkan masa yang terhad, saya mengambil keputusan mengikuti kelas senaman se­perti zumba, yoga, a­erodance, stepboard dan aerobik di D’Alam Spa & Fitness di Ipoh. Boleh dikatakan setiap hari saya ke sana dan ambil masa kira-kira dua jam termasuk membuat rawatan muka.

Ada nasihat untuk orang ramai?
Bersenam boleh meredakan tekanan. Luangkanlah masa untuk bersenam agar badan sentiasa sihat dan otak menjadi cerdas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI