fbpx

Empat lelaki Yaman ditahan cuba rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KEMAMAN – Hasrat empat lelaki warga Yaman cuba lolos untuk merentas ke Terengganu tidak kesampaian apabila
ditahan polis pada sekatan jalan raya (SJR) di Paya Berenjut di sini berhampiran sempadan Terengganu – Pahang pada kelmarin.

Kesemua lelaki tersebut berusia 23 hingga 33 tahun ditahan anggota polis terlibat ketika cuba melepasi SJR tersebut dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Axia pada pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mereka memberi alasan mahu bekerja di sebuah restoran di Chukai di sini untuk merentas negeri.

“Begitupun, keempat-empat lelaki berkenaan bukan sahaja gagal mengemukakan surat kebenaran merentas negeri malah juga tidak mempunyai surat pengesahan majikan.

“Pemandu kereta Perodua Axia mengemukakan pasport Yaman manakala dua penumpang lain pula menunjukkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR),” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, seorang lagi penumpang kereta berkenaan yang juga dipercayai warga Yaman pula gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah.

Sehubungan itu, beliau memberitahu kesemua lelaki asing itu disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 15 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021.

“Mereka juga disiasat Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI