fbpx

Akaun YouTube palsu Youngjae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOUNGJAE

SELEPAS semua anggota GOT7 mengambil keputusan tidak menyambung kontrak bersama agensi JYP Entertainment (JYPE), ramai yang berminat untuk mengikuti perkembangan terbaharu karier kumpulan itu.

Peminat yang mengenal pasti terdapat dua buah akaun YouTube iaitu COCO ars dan Def.Exhibition berasa teruja kerana kedua-dua nama tersebut merupakan gelaran dua anggota GOT7, Youngjae dan JB.

Menyedari perkara tersebut menjadi buah mulut peminat, Youngjae tampil membuat penjelasan bahawa akaun atas nama COCO ars bukan miliknya.

“Saya tiada akaun YouTube. Apa semua ini,” tulisnya dalam media sosial.

Selepas penjelasan Youngjae, peminat membuat kesimpulan bahawa kedua-dua akaun itu adalah palsu.

Akaun tersebut juga hanya memuat naik sebuah video sejak dibuka beberapa bulan lalu.

“Ini akaun palsu Youngjae dan JB. Jangan langgan. Mereka tiada akaun YouTube,” tulis seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI