fbpx

PSG sudah sediakan tempat buat Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya sama ada kekal di Barcelona ataupun berhijrah. – AFP

PARIS – Pengarah Sukan ­Paris Saint-Germain, Leonardo mendedahkan bahawa pasukan itu sudah menyediakan ‘tempat’ buat Lionel Messi sekiranya bintang itu berhasrat untuk meninggalkan Barcelona musim panas nanti.

Gergasi Ligue 1 itu menjadi antara kelab yang sangat berminat untuk mendapatkan kapten Barcelona itu yang mempunyai baki kontrak sehingga Jun ini di Camp Nou selain Manchester City dan Inter Milan juga turut memberikan cabaran.

Messi, 33, cuba meninggalkan Barcelona pada musim panas lalu selepas berdepan konflik dengan bekas presiden kelab itu, Josep Maria Bartomeu tetapi membuat keputusan kekal semusim lagi untuk mengelak pertelingkahan mengenai kontraknya berpanja­ngan.

Bintang Argentina itu dibenarkan untuk mengadakan rundingan dengan kelab-kelab lain pada baki kontrak enam bulan terakhirnya tetapi masih belum berbuat demikian, namun Leonardo tidak mahu spekulasi perpindahan Messi ke PSG berakhir begitu sahaja.

“Pemain hebat seperti Messi sentiasa berada dalam senarai PSG. Sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk membincangkannya atau bermimpi mengenainya.

“Kami terus memantau situasi semasa. Tempat untuk Messi sudah disediakan sekiranya kami berpeluang untuk berbuat sesuatu pada jendela perpindahan nanti. Empat atau lima bulan lagi adalah satu tempoh yang panjang,” katanya.

Para peminat PSG sentiasa mendambakan kehadiran Messi yang mampu membentuk gandingan bersama Neymar dan Kylian Mbappe dalam meneruskan misi mereka memburu kejayaan dalam Liga Juara-Juara.

Leonardo percaya, PSG sentiasa menjadi kelab buat pemain yang bercita-cita besar dan yakin Neymar dan Mbappe akan terus kekal bersama mereka.

“Saya berharap Messi yakin bahawa PSG adalah sebuah tempat untuk dia mencapai cita-citanya. Keinginan dan keperluan kami adalah selari. Apabila kami meletakkan satu-satu sasaran bermakna kami akan cuba untuk mencapainya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI