fbpx

Penunggang motosikal maut bergesel lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala dan badan selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi.

GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.55 pagi sewaktu lori berkenaan yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 57 tahun sedang dalam perjalanan menghala ke Shah Alam dari arah Rawang.

“Selepas lori berkenaan melepasi tol Rawang, ia telah bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 26 tahun mengakibatkan motosikal tersebut hilang kawalan dan terjatuh ke atas jalan raya.

“Mangsa yang terjatuh kemudiannya digilis oleh lori berkenaan mengakibatkan lelaki itu maut akibat kecederaan parah pada kepala dan badan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Arifai, siasatan awal mendapati lori tersebut dikatakan telah memasuki laluan motosikal berkenaan sebelum kejadian berlaku.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI