fbpx

Jumpa bom tangan tepi jalan di Skudai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOM tangan lama ditemui di pangkal sebatang pokok di tepi jalan di Jalan Kemuliaan 1, Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Tindakan pantas orang awam melaporkan kepada pihak polis setelah menemui sebutir bom tangan di tepi jalan dapat mengelakkan perkara tidak diingini.

Bom lama atau Unexplode Ordance UXO jenis Hand Grenade PRB 36 itu ditemui kira-kira pukul 11 pagi di tepi jalan Jalan Kemuliaan 1, Taman Universiti, Skudai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, sejurus mendapat maklumat penemuan itu, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Selepas melakukan siasatan dan polis menemui sebutir bom tangan lama jenis Hand Grenade PRB 36 di pangkal sebatang pokok di tepi jalan yang dilaporkan.

“UPB bertindak memusnahkan bom berkenaan di lokasi penemuan dengan menggunakan teknik ‘high order’ melalui kaedah elektrik,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rupiah berkata, pemusnahan dilakukan dengan teliti dan baik tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.

Beliau juga menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigakan atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.

“Diingatkan juga supaya jangan cuba usik, alih atau gerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI