fbpx

GOJO bantu pemandu e-hailing hadapi PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – GOJO Malaysia (GOJO) memberi pengecua­lian komisen kepada pemandu dan pengendara penghantarannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 14 Januari lalu.

Ketua Pegawai Operasinya, Pradeep Kumar berkata, melalui pengecualian tersebut, pemandu dan pengendara penghantarnya mendapat manfaat sepenuhnya pembayaran daripada pelanggan sepanjang tempoh sukar tersebut.

Menurutnya, inisiatif ini bertujuan untuk membantu rakan pemandu GOJO menambah pendapatan yang mana pada masa sekarang, mereka kurang me­nerima tempahan daripada pe­langgan.

“Ia juga sejajar dengan objektif dan hala tuju syarikat yang mana syarikat itu yang dibangunkan secara kolektif untuk penduduk tempatan dan oleh rakyat Malaysia.

“Oleh itu, ketika berdepan dengan tempoh getir dan mencabar ini, kami akan melakukan apa sahaja yang mampu untuk menyokong komuniti setempat, walaupun dengan perbelanjaan kami sendiri,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu, Pradeep menjelaskan, sebagai usaha syarikat membantu usaha untuk melandaikan lengkung Covid-19, syarikat juga telah melaksanakan Teknologi Pengenalan Topeng Muka pada aplikasi Pemandu GOJO.

“Dengan aplikasi ini para pemandu dikehendaki memberi pengesahan bahawa mereka memakai topeng muka sebelum menerima sebarang tempahan.

“Teknologi ini merupakan sebahagian daripada langkah ke­selamatan dan kesihatan yang telah dilaksanakan secara ketat oleh GOJO untuk memastikan perlindungan maksimum bagi pelanggan dan juga pemandu di jalan raya,” ujarnya.

Kini, GOJO yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu telah menyediakan perkhidmatan untuk lebih 117,000 pelanggan aktif dalam perkhidmatan pengangkutan dan juga penghantaran atas permintaan.