fbpx

Peniaga ditahan, cuba sogok ketua jabatan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang peniaga ekoran dipercayai cuba menyogok ketua jabatan sebuah agensi kerajaan.

Peniaga berusia 50-an itu dipercayai cuba memberi rasuah sebanyak RM2,000 untuk mempercepatkan proses kelulusan penjualan minyak kepada nelayan di Jeti Batu Putih, Sandakan.

Bagaimanapun, menurut sumber suspek lelaki berkenaan ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu selepas ketua jabatan terbabit melaporkan perkara itu kepada SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkap berkenaan.

Karunanithy memaklumkan lelaki itu kini ditahan selama 24 jam bagi siasatan lanjut.

“Kita memuji tindakan ketua jabatan berkenaan yang melaporkan kes rasuah kepada pihak SPRM.

“Ia adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 iaitu kewajipan untuk melaporkan transkasi penyogokan,” katanya.

Sementara itu, Karunanithy berkata, beliau turut menggesa semua penjawat awam di Sabah supaya tampil membuat laporan kepada SPRM sekiranya terdapat sebarang penyogokan wang rasuah ketika menjalankan tanggungjawab.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI