fbpx
Mohammad Najib menunjukkan kad pengenalannya yang tertera nama yang sama dengan bekas Perdana Menteri keenam negara.

‘Saya bukan Najib Razak, bekas PM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Memiliki nama sama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak membuatkan seorang lelaki ‘popular’ apabila ramai menyangka dia adalah bekas Perdana Menteri keenam negara.

Mohammad Najib Abdul Razak, 42, berkata, dia sering menerima mesej peribadi di Facebook daripada individu yang mahu meminta bantuan, memberi kata semangat termasuk memaki hamun hanya kerana nama mereka sama.

Pengurus sumber manusia sebuah syarikat swasta itu berkata, walaupun sudah biasa dengan keadaan itu, namun ia sedikit sebanyak membuatkannya berada dalam dilema kerana perlu menjelaskan perkara sebenar setiap kali menerima mesej berkenaan.

“Bagi yang meminta bantuan, saya terangkan yang saya bukan bekas perdana menteri seperti disangka tetapi ada juga masa saya bagi sahaja bantuan terutamanya kepada golongan anak yatim, mangsa bencana.

“Nama saja sama tetapi kami individu yang berbeza. Saya ­hanyalah rakyat biasa sedangkan Datuk Seri Najib ialah ahli politik dan bekas Perdana Menteri,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

tangkap layar mesej yang diterima Mohammad Najib
di facebook.

Bercerita lanjut, katanya, dia mula dikenali kerana menggunakan nama Najib Abdul Razak di Facebook sejak 2013.

“Saya gunakan gambar sendiri, namun masih ada yang keliru. Saya tidak mengambil serius setiap makian atau kata-kata negatif kerana beranggapan mereka terlepas pandang.

“Malah, ketika Pilihan Raya Umum ke-14 lalu juga, saya jadi tumpuan ketika membuang undi hanya kerana rakan memanggil nama dengan kuat,” ujarnya yang menyifatkan ia kenangan manis.

Najib

Bercerita lanjut, kata Mohammad Najib, bapanya, Abdul Razak Abdul Latiff memberikan dia nama berkenaan (Mohammad Najib) kerana gembira permohonan untuk mendapatkan talian telefon rumah di Ampangan, Se­remban, Negeri Sembilan diluluskan kerajaan.

Katanya, pada masa itu, Najib merupakan Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.

“Sebagai tanda terima kasih, bapa menamakan saya dengan nama Mohammad Najib,” kata­nya yang pernah berjumpa de­ngan Najib di semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Jelasnya, dia mahu berjumpa dengan Najib dan bercerita tentang sejarah nama yang diberi oleh bapanya kepada bekas Perdana Menteri itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN