fbpx

Emirates beri suntikan vaksin Covid-19 kepada kakitangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat Airbus A380-842 milik Emirates berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada Mac 2020. - AFP

DUBAI – Syarikat penerbangan berpusat di Dubai, Emirates hari ini melancarkan program vaksinasi koronavirus untuk kakitangannya yang bekerja di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha memperkasakan industri pelancongan.

“Usaha imunisasi bermula pagi ini dengan pekerja aviasi termasuk kru kabin diberi keutamaan, ” kata Emirates dalam satu kenyataan.

Vaksin yang digunakan adalah Pfizer-BioNTech dan Sinopharm.

Operasi pelalian kakitangan berjalan 12 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi memastikan pekerja aviasi mendapat imunisasi seberapa segera yang boleh.

Abu Dhabi yang merupakan ibu kota UAE, memulakan program vaksinasi pertengahan Disember tahun lalu selepas memberi kelulusan kepada Sinopharm manakala Dubai menyusul sebulan kemudian menerusi suntikan vaksin yang dibangunkan oleh farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer dan rakan kongsinya dari Jerman, BioNTech.

UAE setakat ini merekodkan lebih 253,000 kes Covid-19 termasuk 745 kematian.

Menurut pegawai-pegawai kesihatan, negara itu sudah memberi pelalian kepada 1.8 juta daripada hampir 10 juta populasinya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI