fbpx

Aniaya remaja perempuan dalam lokap, PDRM siasat anggota terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Siasatan berhubung dakwaan kejadian rogol di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak, 9 Januari lalu sedang dilakukan secara teliti dan menyeluruh oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa tahanan lelaki yang terlibat sudah didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan akan disebut semula di Mahkamah Miri pada 9 Februari depan.

“Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, dua pegawai polis yang ditugaskan menjaga lokap ketika kejadian itu telah digantung tugas dan kini sedang dalam siasatan. Mereka sepatutnya menjalankan tugas tetapi gagal melakukannya.

“Siasatan juga dilakukan ke atas penyelia mereka bagi melihat sekiranya ada unsur kecuaian dalam kes ini kerana dia sepatutnya bertindak mengawasi kedua-dua anggota tersebut dan adakah semuanya dalam keadaan seperti sepatutnya atau tidak, “katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, kes berkenaan bagaimanapun masih di dalam siasatan dan tiada sebarang pertambahan maklumat yang boleh dikongsikan sehingga ia selesai.

Terdahulu, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun telah membuat laporan polis pada 16 Januari lalu mendakwa telah dirogol oleh seorang tahanan lelaki sewaktu ditempatkan di lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak pada 8 Januari.

Remaja itu mendakwa, dia telah diletakkan bersama 12 lagi tahanan lelaki di sel lokap berasingan namun kesemua pintu sel lokap tahanan yang lain tidak dikunci.

Jelasnya, kira-kira pukul 4 hingga 5 pagi 9 Januari, sel lokapnya telah dibuka oleh seorang tahanan lelaki yang memiliki kunci dan dia telah dirogol oleh individu berkenaan di tandas balai polis tersebut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI