fbpx
Gambar hiasan.

Pengoperasian IPG, kolej matrikulasi, tadika swasta kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Semua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah berada di asrama masing-masing diminta kekal berada di asrama kampus.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, pelajar yang masih belum mendaftar di asrama boleh memilih untuk masuk ke asrama atau kekal berada di rumah masing-masing.

Menurutnya, pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk semua pelajar IPG akan dilaksanakan secara dalam talian mulai esok.

“Perincian berkaitan pelaksanaan praktikum dan internship IPG akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Md. Jidin berkata, pelajar IPG di negeri dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan secara kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Manakala, pelajar IPG di negeri dikenakan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan dibenarkan ke kampus bermula 20 Januari ini untuk sesi secara bersemuka.

Dalam pada itu, KPM berkata, pelajar kolej matrikulasi kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid seperti keputusan sebelum ini.

Pada masa sama, KPM memaklumkan, operasi semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM juga kekal dan masih boleh terus beroperasi secara bersemuka. – K! ONLINE

BERITA BERKAITAN