fbpx

Tiga lelaki melepak tak pakai pelitup muka dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki dikompaun ketika sedang melepak di hadapan sebuah hotel di Kota Bharu malam tadi.

KOTA BHARU – Tiga lelaki dikompaun selepas mereka didapati tidak memakai pelitup muka ketika sedang melepak di hadapan sebuah hotel di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 19 hingga 23 tahun itu dikompaun selepas tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di kawasan tersebut pada pukul 12 tengah malam tadi.

“Mereka berasal dari daerah ini dikompaun ketika sepasukan pegawai dan anggota polis sedang melakukan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan berkenaan.

“Selain polis, Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) turut sama dalam operasi itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, ketiga-tiga lelaki terbabit dikompaun mengikut Peraturan 12 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 13(1 ) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar SOP PKPB.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI