fbpx

Sabalenka juara di Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABALENKA meraih motivasi memuncak sebelum ke Terbuka Australia apabila meraih kemenangan di Terbuka Abu Dhabi awal pagi semalam. – TWITTER WTA

Abu Dhabi – Bintang tenis du­nia, Aryna Sabalenka memulakan aksi musim 2021 dengan langkah kanan apabila muncul juara di Terbuka Abu Dhabi awal pagi semalam sekali gus merupakan gelaran ketiga berturut-turut dimenanginya.

Pemain ranking No.10 dunia dari Belarus itu sebelum ini muncul juara dengan meraih kemenangan di Terbuka Ostrava, Terbuka Linz dan seterusnya di Abu Dhabi selepas berjaya me­ngalahkan Veronika Kuderme­tova dengan kemenangan straight-set 6-2, 6-2.

Ia merupakan persiapan terbaik buat atlet berusia 22 tahun itu untuk menghadapi kejohanan Grand Slam Terbuka Australia bulan depan.

“Misi saya adalah untuk meraih kemenangan dan tidak sangka saya mampu melakukannya hingga meraih gelaran ketiga. Permulaan baik bagi musim 2021 dan juga Terbuka Australia nanti.

“Saya gembira mampu muncul juara dan tampil cemerlang sepanjang perlawanan berlangsung,” katanya.

Sabalenka mempunyai hampir tiga minggu sebelum memulakan aksi Terbuka Australia yang bermula 8 Februari dan dia dijang­ka diletakkan sebagai pemain pilihan utama dalam perlawanan tersebut.

“Sudah pasti saya akan ke Australia dengan penuh keyakinan sebab sudah melakukan segala-galanya untuk memenangi perlawanan. Kini saya telah meraih 15 kemenangan berturut-turut dan saya yakin mampu melakukannya sekali lagi di Australia nanti,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI