fbpx

PKP: Kaunter PPZ-MAIWP beroperasi seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 10 kaunter Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, waktu operasi kaunter terbabit adalah dari pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis.

“Pada hari Jumaat kaunter beroperasi dari pukul 8.15 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari pukul 2.30 petang hingga 4.45 petang.

“Operasi pada hari Sabtu (minggu kedua, empat dan lima) dari pukul 8.15 pagi hingga 12.45 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, PPZ-MAIWP mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan pembayar zakat, kelancaran proses di kaunter dan mengelakkan jangkitan Covid-19.

Justeru, kata beliau, urusan bayaran zakat adalah seperti biasa iaitu akad dan doa tanpa berjabat tangan bagi mengelakkan sebarang sentuhan.

Tambah beliau, orang ramai namun disaran memilih saluran bayaran secara atas talian melalui portal PPZ-MAIWP iaitu di www.zakat.com.my, Kaunter Zakat Digital, perbankan internet atau e-Wallet.

“Sebarang kemusykilan atau permasalahan berkaitan zakat boleh hubungi talian 1300-88-5757 atau emel ke [email protected],” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI