Sultan Sharafuddin berkenan replika cek zakat perniagaan TH disampaikan Abdul Rashid pada istiadat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. FOTO oleh AFIQ RAZALI

TH antara lima syarikat korporat bayar RM41.72 juta zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lima syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM41.72 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor), dengan Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang lebih separuh daripada jumlah keseluruhan itu.

Bayaran zakat tersebut berkenan diterima Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam istiadat di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

TH menjadi penyumbang terbesar apabila menyerahkan RM27.01 juta yang diserahkan Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shamsul Ahmad pula menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM5.60 juta.

Ini disusuli Kumpulan Kewangan Islam Maybank sebanyak RM4.22 juta menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbankan Islam merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Mohamad Yasin Abdullah.

Sementara itu, Bank Rakyat menyerahkan RM3.38 juta, manakala Rural Capital Sdn. Bhd. menunaikan zakat berjumlah RM1.51 juta.

Kesemua bayaran berkenaan adalah bagi zakat perniagaan haul 2025.

Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin; Pengerusi Zakat Selangor, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail; Timbalan Pengerusi Zakat Selangor, Tan Sri Ambrin Buang dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd. Khaidzir Shahari. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN