fbpx

Model Kafa Perdana beri peluang guru Kafa jawatan tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI

PUTRAJAYA – Berita baik bagi guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) apabila kerajaan merancang untuk melaksanakan Model Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) Perdana.

Menerusi model Kafa Perdana itu, guru Kafa akan diberikan jawatan tetap dan akan dibayar elaun setaraf dengan DG29.

Berkongsi perkara itu menerusi laman sosialnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan, pihaknya kini dalam proses akhir penyediaan Memorandum Jemaah Menteri untuk kelulusan Kabinet.

Menurutnya, jika diluluskan, pelaksanaan Rintis Model KAFA Perdana akan membabitkan empat buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, Pahang dan Sabah.

“Program rintis akan dilaksanakan di 12 buah sekolah masing-masing tiga buah sekolah di Kelantan, Pahang, Sabah dan Kuala Lumpur.

“Pelaksanaan Rintis Model Kafa Perdana akan membabitkan 20 orang guru serta 3,000 orang murid,” katanya.

Katanya, projek rintis itu juga bakal menjadi penanda aras untuk kerajaan mewujudkan jawatan tetap dan berpencen kepada guru-guru Kafa pada masa akan datang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI