fbpx

Mangsa banjir terima kit solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farah Lee (kanan) menyampaikan kit solat dan bantal kepada salah seorang mangsa banjir di Taman Fikri di Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Selebriti Instagram, Farah Lee atau nama sebenarnya Norfarahin Romli, 32, mengambil inisiatif mengagihkan 1,000 kit solat kepada mangsa banjir di daerah ini dan Dungun hari ini.

Beliau yang juga bekas isteri pengacara Ally Iskandar berkata, kit solat yang mengandungi telekung, sejadah, kain pelikat serta barangan keperluan lain itu merupakan hasil dana bantuan banjir yang dikutipnya menerusi media sosial.

“Pada mulanya saya cuma sasar dapat mengumpul RM9,000 bagi membeli 300 set telekung dan sejadah bagi disumbangkan kepada mangsa banjir.

“Tanpa saya duga, sambutan diterima sangat luar biasa sehingga berjaya mengumpul RM100,000 berikutan keprihatinan rakyat Malaysia menderma,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas menyampaikan sumbangan itu di Taman Fikri di sini hari ini.

Farah Lee berkata, oleh kerana kit solat yang dibeli menggunakan derma orang ramai itu terlalu banyak selain dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), beliau terpaksa memohon bantuan pelbagai pihak bagi menyampaikan bantuan itu.

Jelas beliau, selain Taman Fikri, kesemua kit solat tersebut diedarkan kepada mangsa banjir di Kampung Jongok Batu, Kampung Belimbing dan Kampung Shukor, Dungun serta Kampung Fikri di sini.

“Kita berikan kit solat ini dengan harapan mangsa banjir dapat beribadah dengan selesa apatah lagi ramai pihak sudah menyumbang barangan keperluan dapur,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI