fbpx

JDT sediakan Pusat Medikal dan Kecergasan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fasiliti Pusat Medikal dan Kecergasan yang baharu terletak di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melakar sejarah apabila menjadi yang pertama di Asia Tenggara memperkenalkan kemudahan fasiliti terbaharu kelab iaitu Pusat Medikal dan Kecergasan baharu di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam hari ini.

Menarik tentang fasiliti terbaharu yang dilancarkan secara virtual menerusi siaran video ialah ia akan menempatkan doktor dan pakar fisioterapi sepenuh masa.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, JDT membuktikan mereka adalah peneraju bola sepak utama di rantau ini dari segi infrastruktur, kejayaan dalam padang, inovasi, jenama dan pembangunan.

Meskipun telah dilengkapi dengan kemudahan fasiliti terbaik, penambahan infrastruktur terbaharu Harimau Selatan ini menyaksikan peralatan baharu dan kepakaran untuk memastikan para pemain berada pada tahap optimum.

“Kami ingin menyediakan kemudahan dan fasiliti yang terbaik untuk para pemain kami. Ini termasuk fasiliti serta peralatan rehabilitasi dan pemulihan agar setiap pemain dapat memberikan prestasi yang terbaik.

“JDT adalah sebuah kelab yang bercita-cita untuk sentiasa meletakkan penanda aras dan meningkatkan standard… bukan sahaja dalam negara, tetapi juga luar negara.

“Kemudahan fasiliti dan kejayaan kami akan terus membina profil JDT dan membawa manfaat untuk masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pusat Medikal dan Kecergasan ini bakal dilengkapi dengan ‘juice bar’, dua mesin baharu ‘Infrared Sauna’, ‘Functional Trainers’, ‘Smith Machines’ dan peralatan medikal seperti mesin ‘Echocardiogram’ dan alatan untuk terapi asid Hyaluronic dan ‘platelet-rich plasma’.

Hab ini juga turut mempunyai ‘indoor running surface’ yang diperbuat daripada ‘high-density polyethylene’ dan diperkukuh dengan getah untuk mengurangkan impak kepada sendi.

Semua peralatan ini adalah tambahan kepada mesin terapi oksigen dan hidrogen serta pelbagai lagi peralatan gimnasium dan medikal yang sudah dibeli pada tahun-tahun sebelum ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI