fbpx

Kerajaan lanjutkan kontrak syarikat pengangkutan sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta Linggi

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju melanjutkan kontrak syarikat pengangkutan sedia ada sehingga 30 April depan bagi mengelakkan pengedaran barangan keperluan asas dan gas petroleum cecair (LPG) ke kawasan luar bandar dan pedalaman terputus.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada 151 syarikat yang dilanjutkan kontrak untuk melaksanakan perkhidmatan serta-merta pada 12 Januari lalu.

Katanya, pelantikan syarikat bagi tahun 2021 akan dilaksanakan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

“SOP tersebut menggariskan tatacara perolehan mengambil prinsip tender terbuka yang mana iklan tawaran akan dikeluarkan bagi mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berminat untuk memohon sebagai transporter.

“Proses lantikan ini dijangka selesai pada bulan April depan,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Beliau berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM200 juta iaitu pertambahan sebanyak RM50 juta untuk program Pengedaran Barangan Keperluan Asas, LPG dan Community Drumming bagi tahun ini.

Menurutnya, pertambahan itu adalah kenaikan sebanyak 33 peratus berbanding RM150 juta pada tahun lalu.

“Sebanyak 137 kawasan pengedaran baharu dikenal pasti termasuk di negeri Terengganu dan Pahang terutamanya ke pulau-pulau seperti Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

“Beberapa kawasan baharu di Sabah dan Sarawak juga telah dikenal pasti bagi pelaksanaan program ini,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI