fbpx

Hantar 3,182 kilogram bantuan makanan guna helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter Unit Udara JBPM yang menghantar bantuan bakul makanan kepada 172 keluarga Orang Asli yang terperangkap di Pos Gob, Gua Musang hari ini

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar 3,182 kilogram bekalan makanan kepada seramai 172 keluarga Orang Asli di Pos Gob di sini selepas jalan jalan keluar dari kampung itu terputus hari ini.

Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) daerah, Muhamad Yusrizal Ghani berkata, bantuan itu terpaksa dihantar menggunakan helikopter kerana perhubungan jalan balak rosak teruk dan jambatan runtuh.

Katanya, pihaknya menerima maklumat daripada penduduk Orang Asli di Pos Gob terperangkap dan terputus bekalan makanan sejak seminggu lalu.

“Kita tidak dapat menghantar bekalan makanan kerana jalan darat rosak teruk dan hujan lebat sebelum ini.

“Kita terpaksa meminta bantuan Unit Udara JBPM untuk menghantar bantuan makanan itu,” katanya kepada pemberita di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang di sini hari ini.

Muhamad Yusrizal berkata, setiap keluarga Orang Asli akan menerima bantuan makanan seperti beras, gula, minyak masak, garam, sardin, kicap, serbuk teh dan mihun.

Katanya, pihaknya juga akan menghantar bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli di Pos Belatim, Pos Bihai dan Pos Simpor dalam masa terdekat ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI