fbpx

PKP 2.0 : Solat fardu lima jemaah, solat Jumaat 45 jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL HALIM

MELAKA – Seramai lima jemaah sahaja dibenarkan menunaikan solat fardu dalam satu masa di masjid, manakala 45 jemaah bagi solat Jumaat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Arahan itu dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Melaka dalam satu kenyataan pekeliling hari ini.

Dalam kenyataan itu, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, jumlah jemaah untuk solat Jumaat itu dikuatkuasa bagi solat pada 15 dan 22 Januari ini sehingga satu pengumuman yang akan diberikan kelak.

“Pelaksanaan solat jumaat dalam tempoh PKP iaitu pada 15 dan 22 Januari akan diadakan dengan kehadiran jemaah yang terhad iaitu kepada 45 orang sahaja.

“Pelaksanaan solat Jumaat di semua surau yang diberikan kebenaran sementara kerana Covid-19 boleh diteruskan dengan kehadiran jemaah terhad, juga kepada 45 orang sahaja,” katanya.

Tambahnya, bagi solat fardu lima waktu, hanya lima jemaah dibenarkan masuk dalam satu masa bagi menunaikan solat di surau mahupun masjid.

“Orang awam boleh singgah di surau ataupun masjid di negeri ini untuk menunaikan solat fardu, namun hanya lima orang jemaah dibenarkan dalam satu masa.

“Saya galakkan solat fardu ini dilakukan di rumah sahaja,” katanya.

Katanya, kehadiran jemaaah ke masjid dan surau yang dibenarkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang dibenarkan Kementerian Kesihatan Melaysia (KKM).

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan, pelaksanaan ceramah umum, kelas pengajian agama dan kelas Al- Quran ditangguhkan sepanjang tempoh PKP 2.0.

“Jabatan Mufti akan memberikan maklumat lanjut kepada masyarakat dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat dan nasihat daripada KKM.

“Perincian lengkap berhubung aktiviti program dan kelas pengajian di masjid dan surau di negeri ini hendaklah merujuk dari arahan yang dikeluarkan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM),” katanya.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI