fbpx

Jumpa mayat dalam rumah ditinggalkan 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR GAJAH – Mayat reput dipercayai seorang lelaki ditemukan dalam sebuah rumah teres yang ditinggalkan selama 15 tahun di Kuala Permai, Kuala Sungai Baru Melaka di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mayat itu ditemui oleh adik kepada pemilik rumah berkenaan dalam keadaan tidak berpakaian kira-kira pukul 9.45 pagi.

“Hasil maklumat awal, rumah itu telah ditinggalkan selama 15 tahun, bagaimanapun semalam adik kepada pemilik rumah telah datang ke kediaman itu untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Semasa sedang mengemas rumah, pengadu tidak menghidu sebarang bau busuk, namun ketika memasuki bilik kedua, dia ternampak satu mayat yang tidak berpakaian dalam keadaan terlentang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan fizikal mayat tersebut, pihaknya mempercayai mangsa merupakan seorang lelaki berusia 30-an.

Katanya, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah membuat pemeriksaan terhadap mayat tersebut dan tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.

“Kita hanya menemukan dua beg di sisi mayat tersebut selain pakaian.

“Bagaimanapun, setakat ini terdapat keluarga yang mendakwa mengecam si mati namun kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dijalankan.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI