fbpx
USAHAWAN Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) harus menggunakan teknologi digital untuk memasarkan produk mereka. - Gambar hiasan

Peluang PKS teroka perniagaan digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
FARID AHMAD TARMIJI, WARTAWAN EKSEKUTIF.

PENULARAN pandemik Co­vid-19 secara global ternyata memberi kesan yang besar kepada pelbagai industri.

Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menjadi nadi ekonomi negara juga turut menerima tempias sehingga menyebabkan ada usahawan dalam sektor tersebut yang terjejas.

Walaupun begitu, permintaan untuk produk PKS tetap tinggi dan keadaan ini sebenarnya memberi peluang kepada usahawan dalam industri tersebut untuk mendekati pe­langgan mereka melalui kaedah yang berbeza, termasuk menggunakan teknologi pendigitalan perniagaan.

Pensyarah Kanan Pemasaran Digital Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi­ Mara (UiTM) Negeri Sem­bilan, Afizan Amer menjelaskan, dalam keadaan sekatan fizikal bagi membendung penularan pandemik Covid-19, penggunaan teknologi dapat membantu pemain industri termasuk usahawan kecil secara individu yang bergerak dari luar talian ke dalam talian semasa pandemik.

“Sehingga kini peranan e-dagang dan pembayaran melalui dompet digital menjadi semakin pen­ting dan semakin mendapat perhatian daripada pihak kerajaan melalui berbagai skim galakan.

“Melalui pandemik ini rahmatnya usahawan didorong untuk memanfaatkan peluang yang ada dengan menggunakan teknologi digital untuk memasarkan produk mereka atau bergabung dengan pasaran digital untuk meningkatkan jualan masing-masing,” katanya.

Menurut Afzan, dengan begitu banyak usahawan PKS berge­rak ke dalam e-dagang, diharap­kan produk tempatan akan menguasai pasaran domestik terutama semasa berdepan ke­sulitan dalam aspek mengimport produk luar pada ketika ini.

Ia merupakan peluang terbaik bagi pengeluar-pengeluar produk PKS untuk menjadi tuan rumah kepada negara sendiri.

Sementara itu, dalam membantu usahawan PKS mendigitalkan perniagaan mereka, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut menyediakan Geran Automasi Pintar (SAG) berjumlah RM100 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri memberi­tahu, SAG yang berkonsepkan pendekatan perkongsian antara kerajaan dengan PKS mendorong pendigitalan perniagaan di negara ini.

“SAG merupakan inisiatif pemberian geran berdasarkan hasil yang mensyaratkan projek mesti mencapai faedah digitali­sasi tertentu.

“Antara syarat itu adalah pe­ningkatan pendapatan, penjimatan kos perniagaan, pengurangan proses kitaran dan tempoh be­kerja.

“Kami di MDEC akan memastikan bahawa PKS terlibat dapat mendigitalkan perniagaan de­ngan segera di samping mening­katkan usaha untuk mengubah operasi mereka.

“Pada masa yang sama, inisiatif ini juga dapat menjadikan perniagaan lebih lestari dan membantu menemui sumber pertumbuhan, pendapatan dan pengembangan ke pasaran baharu,” katanya.

BERITA BERKAITAN