fbpx

Instagram Ameesha Patel digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMEESHA PATEL

PELAKON Ameesha Patel meluahkan rasa syukur selepas polis siber Maharashtra berjaya mendapatkan semula akaun Instagram miliknya yang digodam baru-baru ini.

Menurut laporan Times of India, polis menerima aduan daripada Ameesha pada Isnin lalu selepas dia menerima mesej pelanggaran hak cipta daripada Instagram.

Pelakon itu kemudian menyedari akaun Instagramnya tidak boleh dibuka selepas dia menekan pautan yang dihantar pada mesej tersebut.

“Seseorang telah menyekat akaun milik Ameesha dan memadam segala kandungannya. Bagaimanapun kami telah menghubungi Instagram dan mereka telah berjaya menghidupkan semula akaun tersebut beserta semua kandungannya.

“Kami mendapati akaun tersebut telah digodam oleh seseorang yang menghantar pautan tersebut dari Belanda, sementara alamat IP pula terletak di Turki,” ujar seorang pegawai.

Pelakon filem Kaho Naa Pyaar Hai itu turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak kerana membantunya mendapatkan semula akaun Instagramnya yang telah digodam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI