fbpx

Martabak Pasiah laris pada musim banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasiah dan anaknya, Aniq Shazwan sibuk menyiapkan martabak yang dipesan pelanggan di depan rumah adiknya di Kampung Jaya, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Risau doh martabaknya rosak, seorang peniaga pasar malam nekad berniaga di depan rumah adiknya yang masih digenangi banjir sedalam 0.1 meter di Kampung Jaya di sini mulai semalam.

Pencaturan Pasiah Hamzah, 59, berjaya apabila 200 keping martabak jualannya dibeli penduduk yang rata-ratanya kelaparan kerana banyak kedai makan masih tidak dapat beroperasi akibat banjir.

“Sebenarnya saya sepatutnya berniaga martabak di pasar malam pada Khamis lalu tetapi banjir pula.

“Bekalan elektrik pula diputuskan pihak berkuasa atas faktor keselamatan sedangkan doh dan inti martabak sudah disiapkan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Dia berkata, dia risau dan inti martabaknya rosak kerana peti sejuk tidak digunakan akibat keputusan bekalan elektrik sebelum adik perempuannya, Zaleha, 52, menawarkan agar berniaga di hadapan rumahnya di Kampung Jaya.

Jelasnya, dia tidak dapat berniaga di rumahnya di Taman Mawar kerana taman perumahan itu masih ditenggelami banjir setinggi semeter.

“Alhamdulillah sambutan terhadap martabak yang berharga RM3.50 sekeping sangat menggalakkan sampaikan saya dan anak lelaki, Aniq Shazwan Abu Bakar, 25, yang membantu tidak menang tangan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI