fbpx

Mangsa banjir Terengganu mencecah 12,899 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat bandar Chukai, Kemaman sudah mula dinaiki banjir mulai semalam.

KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu semakin meruncing dengan telah menjejaskan 12,899 mangsa daripada 3,234 keluarga di empat daerah.

Sebanyak 85.8 peratus atau 11, 065 mangsa di negeri ini merupakan penduduk daerah Kemaman terutama di bahagian hulu dan bandar Chukai.

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa banjir tersebut kini ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh daerah itu.

“Dungun pula masih mempunyai 1,574 mangsa daripada 452 mangsa yang berada di 17 PPS.

“Seramai 207 mangsa daripada 51 keluarga pula masih ditempatkan di empat PPS di Hulu Terengganu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Che Adam berkata, satu-satu PPS yang masih aktif di Besut iaitu Dewan Masjid Kampung La pula masih menempatkan 53 mangsa daripada 12 keluarga.

Tambah beliau, cuaca di kebanyakan kawasan di daerah terlibat kini mendung manakala lembangan sungai utama pula mula menunjukkan trend penurunan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI