fbpx

Jalan Chukai Utama tenggelam, laluan dilencongkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Chukai Utama, Kemaman ditutup untuk kenderaan ringan selepas ditenggelami banjir kira-kira 0.5 meter.

KEMAMAN – Laluan utama dari Kuantan ke pusat bandar Chukai di sini dan bertentangan dari Dungun telah dilencongkan berikutan Jalan Chukai Utama di sini telah dinaiki banjir kira-kira 0.5 meter.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pengguna jalan raya dari Kuantan perlu melalui Jalan Jakar dan keluar melalui persimpangan lampu isyarat Hospital Kemaman.

Beliau berkata, pengguna jalan raya dari arah Dungun pula di lencongkan melalui Jalan Sulaimani dan keluar melalui Jambatan Geliga.

“Pada waktu ini, banjir mula memasuki kawasan pusat bandar Chukai dan Jalan Chukai Utama hanya boleh dilalui kenderaan berat.

“Kenderaan ringan perlu melalui jalan yang telah dilencongkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak keluar rumah sekiranya tidak ada apa-apa keperluan bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Sementara itu, tinjauan di sekitar bandar Chukai petang ini mendapati beberapa premis perniagaan termasuk kedai makan dan pasaraya turut dinaiki banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI