fbpx

Guru rugi RM75,000 ditipu ‘kakitangan LHDN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang guru lelaki di Kepala Batas di sini kerugian wang sebanyak RM75,000 dipercayai ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semalam.

Mangsa yang berusia 28 tahun sebelum itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa sebagai kakitangan LHDN kira kira pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa dikatakan mempunyai tunggakan cukai syarikat oleh individu yang menghubunginya.

“Panggilan kemudiannya disambungkan kepada ‘pegawai polis’ berpangkat Asisten Komisioner dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang mendakwa mangsa turut terlibat dengan kes dadah dan penggubalan wang haram.

“Mangsa yang ketakutan mengikuti arahan dan memuat turun aplikasi Bank Negara untuk mengisi maklumat perbankan miliknya.

“Berdasarkan semakan yang dilakukannya, mangsa mendapati wang dalam akaun bank miliknya berkurangan menerusi transaksi yang dipercayai dilakukan menerusi aplikasi terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI