fbpx

China catat kenaikan kes koronavirus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto bertarikh 17 Ogos tahun lalu menunjukkan seorang petugas perubatan menjalankan ujian calitan koronavirus ke atas murid sekolah rendah sebelum sekolah dibuka di Handan, wilayah Hebei di China. – AFP

BEIJING – China melaporkan 63 kes Covid-19 baharu semalam iaitu catatan paling tinggi dalam sehari sejak bulan Julai lepas.

Pihak berkuasa kini berusaha menghalang berlakunya satu penularan baharu di sebuah bandar yang mempunyai seramai 11 juta penduduk dekat Beijing.

Virus korona mula dikesan di tengah China sekitar penghujung 2019 tetapi pihak berkuasa pada ketika itu mampu mengawal ­situasi dengan mengenakan larangan perjalanan, perintah berkurung dan pemeriksaan berskala besar-besaran.

Bagaimanapun, satu penu­laran baharu di utara wilayah Hebei, dekat Beijing telah me­nyaksikan kenaikan kes dan mendorong ujian­ pemeriksaan besar-besaran, sekolah ditutup dan perjalanan ke wilayah itu disekat.

Semalam, ada 51 kes baharu dengan 69 lagi kes tak bergejala direkodkan di wilayah itu, lapor Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Terdapat 11 kes import dan satu kes penularan tempatan di timur laut China semalam.

Stesen penyiaran rasmi CCTV memaparkan satu kumpulan kecil individu berkumpul di sebuah stesen kereta api di Shijiazhuang diiringi kakitangan perubatan memakai sut perlindungan ­penuh Khas Bahan Kimia Ber­bahaya (Hazmat).

Lebuh raya utama ke bandar Shijiazhuang, kira-kira 300 kilometer arah selatan Beijing te­lah ditutup dan perjalanan bas antara bandar turut dihentikan sebagai langkah mengekang virus merebak ke luar kawasan kota.

Akhbar Global Times melaporkan tiket kereta api dari Hebei ke Beijing tidak lagi dijual.

Salah satu daerah di Shijiazhuang yang mempunyai populasi 11 juta orang telah dikategori­kan sebagai berisiko tinggi dan ditutup. Pihak berkuasa menyatakan berpuluh-puluh ribu penduduk sudah menjalani pemeriksaan koronavirus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI