fbpx

Trump sokong penunjuk perasaan di bangunan Capitol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyuarakan sokongan kepada kumpulan penunjuk perasaan yang merusuh dan menyifatkan mereka sebagai patriot di bangunan Capitol, Washington semalam, lapor akhbar Daily Mail.

Trump menyuarakan sokongan tersebut melalui pesanan yang disampaikan dalam satu rakaman video dengan mengatakan beliau menyayangi penyokongnya selain meminta mereka pulang ke rumah masing-masing.

Pesanan tersebut dibuat selepas Trump memuat naik ciapan di laman Twitter tanpa menggesa penyokongnya bersurai dan meninggalkan bangungan Capitol.

Pada perhimpunan sebelum berlakunya rusuhan tersebut, Trump memberitahu penyokongnya supaya bergerak ke bangunan Capitol dan beliau merancang untuk menyertai lautan manusia di situ.

Keadaan menjadi lebih parah apabila Trump didapati menciap punca rusuhan tersebut berlaku disebabkan pilihan raya yang didakwa tidak adil.

“Inilah yang terjadi apabila berlaku pilihan raya yang tidak adil dan menafikan hak patriot sejati yang selama ini dilayan dengan teruk dan tidak adil.

“Pulanglah ke rumah dengan perasaan kasih sayang dan aman. Sentiasalah ingat peristiwa hari ini,” tulisnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI