fbpx

Penjual kenderaan didakwa palsu dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teng Hoe (berbaju putih) dibawa keluar anggota polis dari Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Seorang penjual kenderaan mewah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen menggunakan nama syarikat Top Glove Sdn. Bhd., tahun lalu.

Tertuduh, Kelvin Tong Teng Hoe, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memalsukan dokumen ‘Declaration Of Conformity’ atas nama Top Glove Sdn. Bhd. dengan bertujuan menipu.

Perbuatan itu dilakukan di Persiaran Setia Dagang Setia Alam, Seksyen U13 di sini, pada 6 Jun tahun lalu.

Pendakwaan terhadap Teng Hoe dilakukan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Ainul Amirah Abdul Razak menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Mohd. Redzuan Mohamed Yusoff mewakili Teng Hoe memohon pengurangan jaminan berikutan perniagaan anak guamnya merosot sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bersama seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan 5 Februari depan.

Tertuduh membayar jaminan itu. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI