fbpx

75 kompaun main air telah dikeluarkan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien Mamat (dua kanan) memantau situasi terkini banjir di Rantau Panjang menggunakan dron.

RANTAU PANJANG – Polis Kelantan sudah mengeluarkan sebanyak 75 kompaun kepada individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila bermain banjir ketika negara sedang berdepan penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafie Mamat berkata, kompaun tersebut dikeluarkan dalam tempoh seminggu sejak negeri ini dilanda musibah banjir.

“Kebanyakan individu yang dikompaun ini tidak patuh kepada SOP iaitu berkumpul dalam jumlah ramai pada satu-satu masa.

“Selain itu, mereka tidak menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup separuh muka,” katanya kepada pemberita selepas meninjau situasi semasa banjir di Rantau Panjang.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif.

Shafie memberitahu, kompuan akan terus dikeluarkan kepada individu yang gagal mematuhi SOP. kerana peringkat amaran sudah tamat.

Katanya, terbaharu malam tadi sebanyak tiga kompaun gagal patuh SOP telah dikenakan keatas tiga individu yang berkumpul di Tambatan Di Raja, Kota Bharu untuk melihat banjir.

“Nasihat saya, kalau tidak mempunyai sebarang urusan jangan keluar rumah. Hindarkan tempat yang sesak dan patuhi SOP yang telah dikeluarkan kerajaan.

“Kompaun RM1,000 yang dikenakan oleh kerajaan ketika ini cukup besar,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shafie berkata, dron akan digunakan untuk membuat pemantauan banjir.

Katanya, pemantauan dari udara itu penting untuk mengenalpasti situasi terkini keadaaan banjir di satu-satu kawasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI