fbpx

Banjir di Terengganu kembali buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir yang menenggelamkan Kampung Shukur, Dungun hari ini.

KEMAMAN – Banjir gelombang kelima di Terengganu kembali buruk selepas mangsa banjir meningkat mendadak kepada 1,037 mangsa daripada 269 keluarga.

Ketua Sekteriat Pengurusan Banjir Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, hujan lebat berterusan dan fenomena air pasang besar telah menyebabkan banjir tersebut merebak ke daerah Hulu Terengganu selain Kemaman dan Dungun.

“Kemaman kekal daerah paling teruk terjejas dengan 730 mangsa daripada 175 keluarga telah dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Seramai 247 penduduk dari 78 keluarga pula telah berpindah ke tiga PPS di Dungun,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Che Adam berkata, sebuah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Gunung Menerong telah diaktifkan dengan 60 mangsa daripada 16 keluarga sudah mula berpindah masuk.

Beliau berkata, hujan lebat masih berterusan terutama di bahagian pedalaman Terengganu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI