fbpx
Khairy Jamaluddin

KJ sedia letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sedia melepaskan jawatannya sebagai menteri di kementerian tersebut jika diarahkan UMNO.

Ahli Parlimen Rembau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, keputusan tersebut bakal dilakukan kerana beliau adalah ahli parti terbabit dan terikat dengan keputusan parti.

“Kalau keputusan untuk meletakkan jawatan menteri dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, sebagai ahli parti, saya terikat dengan keputusan parti,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Hubungan di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat semakin longgar, susulan kenyataan dibuat oleh beberapa pemimpin kedua-dua parti kebelakangan ini, terutama desakan UMNO supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera. – K! ONLINE

POPULAR