fbpx

Cetusan idea remaja 13 tahun hasilkan Mayra Aiskrim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Bagi mengisi masa lapang selepas sekolah ditutup ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang gadis cilik berusia 13 tahun mula menjual aiskrim di bawah jenama Mayra Aiskrim.

Nurhan Qaseh Aleeya Mohd. Sufian berkata, bermula de­ngan aktiviti suka-suka dengan membuat aiskrim di rumah dan menjual kepada jiran serta rakan secara online, perniagaan tersebut terus berkembang dengan pantas.

Lebih menarik, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Datok, Banting itu kini memiliki 10 ejen yang mana dua da­ripadanya terdiri daripada guru beliau sendiri.

Menurut Nurhan Qaseh, cara pembuatan aiskrim yang dipelajarinya daripada ibu, Nazuinshahrina Syed, 41 kini telah berjaya mencecah jualan sehingga 5,000 batang sehari berbanding 600 batang aiskrim sehari sebelum ini.

“Pendapatan menjual aiskrim telah mencecah kepada empat angka dan daripada situ jualan terus meningkat.

“Saya makin bersemangat dan mahu mengembangkan perniagaan tersebut pada masa depan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Nuhan Qaseh menjelaskan, Mayra Aiskrim menawarkan le­bih 30 perisa aiskrim berasaskan buah-buahan segar dan turut menghasilkan perisa lain seperti flurry, keju dan coklat.

“Antara perisa yang ditawarkan di bawah siri flurry adalah flurry kiwi, strawberi dan
mangga dan siri Magnum Marvel. Perisa itu telah mendapat sambutan hangat daripada peminat aiskrim,” jelasnya.

Tambah Nurhan Qaseh, melihat kepada potensi perniagaan tersebut, dia kini menyimpan azam pada masa depan untuk menempatkan Mayra Aiskrim di stesen minyak terpilih selain merancang untuk membuka kilang aiskrim sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI