fbpx

Isu watak transgender Eugene

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EUGENE

KECOH dalam kalangan peminat apabila watak aktres Eugene sebagai Oh Yoon-hee dalam drama popular Penthouse dikatakan seorang transgender.

Semunya berlaku selepas tayangan episod ke-19 baru-baru ini. Dalam episod tersebut terdapat satu babak memaparkan hasil keputusan DNA Oh Yoon-hee.

Dalam keputusan berkenaan, bahagian jantina Yoon-hee ditulis XY. XY merupakan kromosom untuk jantina lelaki.

Selepas episod tersebut ditayangkan, ramai peminat berbalah dengan mengatakan watak tersebut adalah transgender.

Sumber rasmi stesen televisyen SBS kemudian tampil membuat penjelasan dengan mendakwa berlaku satu kesilapan teknikal.

“Sebenarnya dalam babak berkenaan, berlaku kesilapan ejaan. Kami akan menyunting babak tersebut demi memastikan tidak timbul lagi sebarang salah faham atau ketidakselesaan dalam kalangan penonton,” ujarnya.

Menerusi Penthouse, Eugene membawakan watak Yoon-hee iaitu seorang wanita yang datang daripada keluarga miskin tetapi memaksa diri bekerja keras demi memastikan kehidupan anaknya terjamin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI